Tuesday, September 24, 2013

BRIGED R&R KRIM SHAH ALAM

Tanggal 27 Julai 2013 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya program briged ‘Bestnya Ramadan’ anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor Darul Ehsan. Sejumlah 44 orang peserta telah menyertai program ini, yang terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan dari pelbagai sekolah di sekitar Shah Alam.

 Peserta lelaki terbaik Adik Irfan Dolah Sani

 Gambar para peserta 

Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi ruang kepada remaja untuk memanfaatkan ramadan dengan amalan khusus, memberi kesedaran kepada remaja agar mengsi masa dengan aktiviti yang berfaedah, dan memberi penghayatan Ramadan kepada para remaja supaya lebih menghargai bulan penuh barakah ini.

Program ini bermula seawal jam 11.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Fahmi Bazlan B Muda selaku Timbalan Pengerusi KRIM Shah Alam, dan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan fizikal seperti tadarus juzuk amma, treasure hunt Peristiwa Ramadan, lakonan dan nasyid mengenai Perang Ain Jalut, dan juga war game “Badar Al-Kubra”. Dr Amin telah dijemput untuk memberikan Tazkirah maghrib bertajuk “Mengapa Ramadan Kita Jadi Tak Best?” yang merungkai sebab-sebab hambarnya Ramadan bagi seorang individu. Majlis penutup program diadakan sejurus selepas solat tarawih dan dimulakan dengan ucapan oleh Encik Fairul Nafazli, Pengerusi KRIM Shah Alam. Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik bagi peserta lelaki dan perempuan telah diadakan dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebelum bersurai.


0 comments:

Post a Comment