Serangan
demi serangan dilakukan secara licik oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab dalam bentuk seruan mahupun slogan sehingga mencabar
institusi diraja, kedudukan agama Islam termasuk hak keistimewaan orang
Melayu.
Ditambah
lagi dengan ancaman krisis pegangan akidah oleh fahaman yang berlawanan
dengan Islam seperti Syiah dan Kristianisasi. Juga usaha tanpa henti
Projek Pengamerikaan yang ingin melunturkan jatidiri bangsa Melayu
berpegang dengan nilai agama Islam menjadi liberal.
Atas asas
rasa cinta, setia dan penuh tanggungjawab kepada tanah air dan anak cucu
bangsa Melayu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan program
“Simposium MEGA (Mendepani Agenda Asing) : Melayu dalam Krisis
Kepimpinan” pada 28 September 2013 di Dewan Sri Siantan, Presint 3,
Putrajaya.
Antara tokoh yang akan turut hadir untuk sesi dialog simposium ini ialah :
- Ustaz Hj Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
- Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
- S.S. Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Sabah
- S.S .Ustaz Dr Zulkifly Muda, Mufti Terengganu
- Puan Zaharah Sulaiman, Penulis Dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia
- En. Mohd Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM
Juga turut menampilkan:
- Ustaz Hj. Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah ISMA.
- Ustaz Hj. Mohamad Hazizi Bin Ab Rahman , Penganalis Muslim Moderate dan Projek Pengamerikaan.
- Ustaz Hj. Shaharuzzaman Bistamam, Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama
Antara tajuk hangat dan menarik yang akan dibentangkan ialah:
- Pendedahan Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien
- Agenda Perluasan Pengaruh Syiah: Ancaman Kepada Malaysia
- Ancaman Globalisasi Ekonomi : Fokus AFTA & TPPA
- Projek Pengamerikaan Ke atas Dunia Islam: Fokus Malaysia
- Gerakan Mengkristiankan Malaysia: Satu Usaha Terancang
- Sesi Dialog: Krisis Kepimpinan Melayu: Nasib Melayu Di tangan Siapa?
Simposium ini hanya menyediakan tempat untuk 1,000 orang peserta sahaja. Ayuh! Segera daftarkan diri anda. Tempat adalah TERHAD!
Yuran Pendaftaran adalah seperti berikut:
Dewasa:
RM 50 (Bukan Ahli ISMA)
RM 40 (Ahli ISMA)
RM 50 (Bukan Ahli ISMA)
RM 40 (Ahli ISMA)
Pelajar:
RM30 (Bukan Ahli)
RM 25 (Ahli PEMBINA)
RM30 (Bukan Ahli)
RM 25 (Ahli PEMBINA)
Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut:
- Online: Klik www.ancamanterhadapislam.com
- SMS: Taip: NamaNo TelefonDewasa/PelajarAhli/Bukan Ahli Sudah Bayar/Belum Bayar ke 017-363 4348 ATAU 019-602 5272.
- Email: Hantarkan email dengan butiran berikut: Nama – No Telefon – Kategori Peserta – Keahlian ke petugas_isma@yahoo.com.
- Telefon ATAU Faks : Hubungi 03-8926 5424/5954 ATAU Faks ke 03-89261520, berserta butiran berikut: Nama – No Telefon – Kategori Peserta – Keahlian.
Nota:
Bayaran hendaklah dibuat melalui Akaun Maybank IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
(562218201823) dan bukti pembayaran hendaklah dihantar ke email: petugas_isma@yahoo.com atau difaks ke: 03-8926 1520.
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Cik Anis Sakinah di talian: 03-8926 5424/5954.
0 comments:
Post a Comment