Salam Imtihan buat semua pelajar

Salam IMTIHAN buat semua pelajar PMR 2013 ,Moga anda semua berjaya daripada kami KRIM SHAH ALAM.

Sertai Simposium Mendepani Agenda Asing: Melayu dalam Krisis Kepimpinan

Serangan demi serangan dilakukan secara licik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam bentuk seruan mahupun slogan sehingga mencabar institusi diraja, kedudukan agama Islam termasuk hak keistimewaan orang Melayu.

RnR Ramadhan 1434H

BERITA BRIGED RnR KRIM SHAH ALAM

Program TERAPI MINDA Di SMK 27

Tanggal 13 dan 14 September 2013 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya program Terapi Minda anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam dan SMK Seksyen 27 bertempat di SMK Seksyen 27, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sejumlah 101 orang peserta yang terdiri daripada 47 orang pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan tingkatan 5 yang beragama Islam telah menyertai program sebagai salah satu persiapan untuk menduduki peperiksaan SPM yang bakal bermula pada bulan November akan datang.

Produk KRIM

Anda ingin menyertainya sila hubungi Muallim Fairul : 013-6616676,Ustaz Fahmi : 013-321 4921,Kak Munirah : 013-2296808

Tuesday, September 24, 2013

Terapi Minda anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam

      Tanggal 13 dan 14 September 2013 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya program Terapi Minda anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam dan SMK Seksyen 27 bertempat di SMK Seksyen 27, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sejumlah 101 orang peserta yang terdiri daripada 47 orang pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan tingkatan 5 yang beragama Islam telah menyertai program sebagai salah satu persiapan untuk menduduki peperiksaan SPM yang bakal bermula pada bulan November akan datang.



 Objektif program ini adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk menerapkan diri dengan pengisian-pengisian rohani yang bermanfaat, meningkatkan  penghayatan terhadap islam sebagai agama yang syumul serta sirah-sirah nabawiyah yang mampu menjadi pedoman kepada situasi-situasi kehidupan terkini, dan memberi pendedahan kepada para pelajar akan adab-adab seorang muslim dengan maha pencipta.


 Program ini bermula pada jam 3.00 petang selepas solat jumaat dan diikuti dengan taklimat oleh ketua program. Kemudian, aktiviti pembentukan kumpulan dan ice breaking berbentuk ‘outdoor’ dijalankan bagi memberi ruang kepada para fasilitator dan pelajar-pelajar untuk berkenal-kenalan. Penulis blog terkenal, saudara Asyraf Farique telah dijemput untuk memberikan tazkirah maghrib bertajuk “Imanku, Taqwaku” yang merungkai naik-turun iman dalam diri seseorang remaja. Aktiviti Jejak Sirah yang berunsurkan ‘treasure hunt’ dijalankan pada malam program sebagai salah satu cara untuk mendedahkan pelajar dengan sirah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Rasulullah SAW.



Pada hari kedua program, aktiviti qiamulail telah diadakan seawal jam 4.30 pagi. Para pelajar telah didedahkan dengan fadhilat solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat sunat hajat serta digalakkan untuk mendirikannya sempena peperiksaan yang bakal dihadapi. Seterusnya, pada jam 8 pagi ceramah Islam itu Indah telah disampaikan oleh Ustaz Fahmi Bazlan B Muda. Ceramah ini memberi pencerahan mengenai Islam sebagai agama yang mudah lagi syumul kepada para peserta. Slot terakhir diserikan dengan forum Terimalah Taubatku, dengan panelis jemputan saudara Adnin Roslan, pelajar Tahun Ulum Islam tahun 1 Universiti Al-Azhar dan, Dr. Syafaf, graduan perubatan daripada Universiti Kaherah.




 Majlis penutup program diadakan secara ringkas dengan ucapan penutup oleh kaunselor sekolah, Pn Nor Aini dan upacara penyampaian hadiah kepada kumpulan lelaki terbaik dan kumpulan perempuan terbaik.

Pihak sekolah dan KRIM Shah Alam juga bertukar plak sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Semoga program ini banyak memberi input dan impak positif kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Seksyen 27 Shah Alam sebagai sebahagian daripada persiapan rohani untuk menduduki peperiksaan SPM pada bulan November akan datang.

BRIGED R&R KRIM SHAH ALAM

Tanggal 27 Julai 2013 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya program briged ‘Bestnya Ramadan’ anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor Darul Ehsan. Sejumlah 44 orang peserta telah menyertai program ini, yang terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan dari pelbagai sekolah di sekitar Shah Alam.
 Peserta lelaki terbaik Adik Irfan Dolah Sani

 Gambar para peserta 

Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi ruang kepada remaja untuk memanfaatkan ramadan dengan amalan khusus, memberi kesedaran kepada remaja agar mengsi masa dengan aktiviti yang berfaedah, dan memberi penghayatan Ramadan kepada para remaja supaya lebih menghargai bulan penuh barakah ini.

Program ini bermula seawal jam 11.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Fahmi Bazlan B Muda selaku Timbalan Pengerusi KRIM Shah Alam, dan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan fizikal seperti tadarus juzuk amma, treasure hunt Peristiwa Ramadan, lakonan dan nasyid mengenai Perang Ain Jalut, dan juga war game “Badar Al-Kubra”. Dr Amin telah dijemput untuk memberikan Tazkirah maghrib bertajuk “Mengapa Ramadan Kita Jadi Tak Best?” yang merungkai sebab-sebab hambarnya Ramadan bagi seorang individu. Majlis penutup program diadakan sejurus selepas solat tarawih dan dimulakan dengan ucapan oleh Encik Fairul Nafazli, Pengerusi KRIM Shah Alam. Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik bagi peserta lelaki dan perempuan telah diadakan dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebelum bersurai.


Sertai Simposium Mendepani Agenda Asing: Melayu dalam Krisis Kepimpinan

Serangan demi serangan dilakukan secara licik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam bentuk seruan mahupun slogan sehingga mencabar institusi diraja, kedudukan agama Islam termasuk hak keistimewaan orang Melayu.
Ditambah lagi dengan ancaman krisis pegangan akidah oleh fahaman yang berlawanan dengan Islam seperti Syiah dan Kristianisasi. Juga usaha tanpa henti Projek Pengamerikaan yang ingin melunturkan jatidiri bangsa Melayu berpegang dengan nilai agama Islam menjadi liberal.
Atas asas rasa cinta, setia dan penuh tanggungjawab kepada tanah air dan anak cucu bangsa Melayu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan program “Simposium MEGA (Mendepani Agenda Asing) : Melayu dalam Krisis Kepimpinan” pada 28 September 2013 di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.
Antara tokoh yang akan turut hadir untuk sesi dialog simposium ini ialah :
  • Ustaz Hj Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
  • Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  • S.S. Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Sabah
  • S.S .Ustaz Dr Zulkifly Muda, Mufti Terengganu
  • Puan Zaharah Sulaiman, Penulis Dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia
  • En. Mohd Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM
Juga turut menampilkan:
  • Ustaz Hj. Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah ISMA.
  • Ustaz Hj. Mohamad Hazizi Bin Ab Rahman , Penganalis Muslim Moderate dan Projek Pengamerikaan.
  • Ustaz Hj. Shaharuzzaman Bistamam, Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama
Antara tajuk hangat dan menarik yang akan dibentangkan ialah:
  • Pendedahan Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien
  • Agenda Perluasan Pengaruh Syiah: Ancaman Kepada Malaysia
  • Ancaman Globalisasi Ekonomi : Fokus AFTA & TPPA
  • Projek Pengamerikaan Ke atas Dunia Islam: Fokus Malaysia
  • Gerakan Mengkristiankan Malaysia: Satu Usaha Terancang
  • Sesi Dialog: Krisis Kepimpinan Melayu: Nasib Melayu Di tangan Siapa?
Simposium ini hanya menyediakan tempat untuk 1,000 orang peserta sahaja. Ayuh! Segera daftarkan diri anda. Tempat adalah TERHAD!
Yuran Pendaftaran adalah seperti berikut:
Dewasa:
RM 50 (Bukan Ahli ISMA)
RM 40 (Ahli ISMA)
Pelajar:
RM30 (Bukan Ahli)
RM 25 (Ahli PEMBINA)
Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut:
  • Online: Klik www.ancamanterhadapislam.com
  • SMS: Taip: NamaNo TelefonDewasa/PelajarAhli/Bukan Ahli Sudah Bayar/Belum Bayar ke 017-363 4348 ATAU 019-602 5272.
  • Email: Hantarkan email dengan butiran berikut: Nama – No Telefon – Kategori Peserta – Keahlian ke petugas_isma@yahoo.com.
  • Telefon ATAU Faks : Hubungi 03-8926 5424/5954 ATAU Faks ke 03-89261520, berserta butiran berikut: Nama – No Telefon – Kategori Peserta – Keahlian.
Nota: Bayaran hendaklah dibuat melalui Akaun Maybank IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (562218201823) dan bukti pembayaran hendaklah dihantar ke email: petugas_isma@yahoo.com atau difaks ke: 03-8926 1520.
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Cik Anis Sakinah di talian: 03-8926 5424/5954.

Tuesday, December 4, 2012

BRIGED DECEMBER - EXPLORASI REMAJA MUSLIM

EXPLORE ALAM, TADABBUR CIPTAAN TUHAN DISAMPING HADIAH MISTERI MENANTI ANDA! KELAB REMAJA ISMA (KRIM) SHAH ALAM KALI INI MEMBAWAKAN BRIGED 12: EXPLORASI REMAJA MUSLIM TERBUKA KEPADA PELAJAR LELAKI & PEREMPUAN BERUMUR 12-17 TAHUN PADA 15 DECEMBER 2012 HARI SABTU DARI 8.00 PAGI - 5.00 PETANG DI BUKIT CERAKAH (TAMAN BOTANI SHAH ALAM) YURAN RM 60 SAHAJA (AKTIVITI - SKYTREX, MAKANAN - DISEDIAKAN, PAKAIAN - SUKAN, BERKASUT & MENUTUP AURAT, PERALATAN - BEG SANDANG, SEJADAH & TELEKUNG BAGI PEREMPUAN) BERMINAT? Hubungi Abang Fendi 0193644197 Kak Solehah 0193457587 PENDAFTARAN PERCUMA BAGI ANDA YANG BOLEH MEMBAWA 10 ORANG RAKAN, JUMPA DISANA!

Saturday, November 10, 2012

BRIGED NOVEMBER : CUTI OH CUTI

Ayuh manfaatkan cuti adik-adik!Jika berminat boleh berdaftar dengan abang Hakim 017-5656836 atau pada kak azriana 013-4084063. Tempat adalah terhad. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti adik-adik! Tungga apa lagi ???Jom sertaiii...

Thursday, August 2, 2012

Apa aktiviti adik-adik semasa ramadhan kali ini? Ayuh sertai Kelab Remaja Isma Cawangan Shah Alam beriktikaf di Masjid Negeri 10hb Ogos 2012 ini.Jom sertai beramai-ramai!

Saturday, July 7, 2012

Cerpen 1 : Cukuplah Allah bagiku



  Ni’ma tolong beg duit kita hilang….,” kata  Sakinah setelah menyedari beg duitnya hilang.

Last Kinah guna kat mana?” Tanya Ni’ma

“ Seingat kita kat café

“ ha…mesti tercicir atau tertinggal kat café

“ Kita dah tanya pada penjual di café  katanya tak jumpa. Hari ni dah hari Jumaat, petang ni sampai pagi Ahad ada Program Bina Iman.  Emm… tak pelah hari Isnin kita pi balai polis buat report, ” kata Sakinah  tenang.

 Tiada langsung riak risau di wajahnya, kerana dia tahu dalam dompetnya hanya ada RM 30, kad pengenalan dan  kad ATM yang mana paswordnya tiada kena mengena dengan tarikh lahirnya. Dan yang paling penting, dia tahu Allah S.W.T pasti akan membantunya. 

############

Usai Program Bina Iman, pagi itu seperti biasa Sakinah membaca Al-mathurah Kubra. Sudah menjadi kebiasaanya sejak awal semester lagi. Tugasnya sebagai dai´ dan dalam masa yang sama sebagai pelajar dalam kursus yang paling susah untuk lulus di sekolahnya, menjadikan tawakalnya dan keinginan untuk kebersamaan yang kuat kepada Allah S.W.T.  

                Salah satu zikir yang paling diminati dan sangat dihayati oleh Sakinah adalah zikir surah At-Taubah ayat 129:

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

“ Wahai cik moderator program, bila la nak start postmoterm?” Tanya Suhaily selepas tamatnya program. Sebagai Mas’uliah akhwat Sabah, sudah menjadi tanggung jawabnya, untuk memastikan segalanya berjalan lancar.  Sebelum, semasa dan selepas program. 

“ Emm… dalam kul 10 am ok?” Tanya Sakinah semula. 

“Ok!!” Balas Suhaily.

                Ring…ring… telefon Sakinah berbunyi. “ Hello selamat pagi…ini Sakinah bt Rahmat ka?” Tanya orang dalam talian. Suara seorang wanita. Loghat Sabahnya pekat.

“ Ya, saya bercakap.”

“Saya Claudia daripada DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) bahagian Landscape. Begini bah…saya da jumpa dompet kau dalam timbunan sampah.”

“ha ia ka… Alhamdulillah” balas Sakinah dalam loghat Sabah. 

“Mau berjumpa di mana kita…?”

############
               
                Akhirnya, Sakinah jumpa semula dompetnya. Benarlah kata-kata Allah “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad; ayat 7)